Tuesday, April 10, 2012

Bukit Merah LAKETOWN RESORT

(Sumber : http://pelanconganmenarik.blogspot.com/)

Apa Itu Pelancongan? Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan. Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan
pengangkutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya lagi.

Perkataan tourism datang daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu
tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari
(1977) mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang
bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang
bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan
industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.” 
Pengertian yang meluas ini sukar difahami kerana ia tidak menjelaskan secara mendalam apa yang
dimaksudkan sebagai pelancongan dan apakah faktor-faktor yang terlibat dalam
membangunkan industri ini.


Berikut merupakan 10 orang 'Ketua Pegawai Eksekutif'yang peneraju bidang pelancongan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~////////~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Pertama : Bukit Merah Laketown RESORT
http://www.bukitmerahresort.com.my/







Antara Lokasi kegemaran rakyat Malaysia.Jauh dari kesibukan ibukota, famili & sanak saudara berkumpul juga bergurau senda sambil menikmati keindahan tasik. Kanak-kanak terlalu gembira bermain di taman tema air, bagaikan kegembiran yang tiada tepian.













Di Belakang Tabir ......


Pengasas EMKAY

Siapa ..?

TAN Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.

Laluan Kejayaan..?

  • Seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah, menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970.
  • Berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor.
  • Beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.
  • Beliau telah menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.
  • Pengarah South-South Corporation Berhad (MASSCORP).
  •  Ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.



Anugerah..?

Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya, Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor; FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.
Pada 15 Mac 2004, Tan Sri telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.
Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam Kategori ‘Master Enterpreneur’. Tan Sri adalah bapa mertua kepada En Vernon Azhar Edmett bin Bryan Allen Edmett, seorang pengarah dalam Syarikat.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment